Monday, May 17, 2010






ALHAMDULILLAH....LAMPU DAH TERGANTUNG DI TEMPATNYA. Ya Allah kurniakan untuk kami semua.....di depan dan belakang kami cahaya, di kiri dan kanan kami cahaya, di atas dan bawah kami cahaya, Ya Allah kurniakan kepada kami cahaya (dunia dan akhirat)!!!! Amin!

Saturday, May 8, 2010

2 bulan lagi siap


Tak lama lagi insyaAllah...inilah antara sentuhan akhir sempurnakan masjid. Dijangka dalam 2 bulan ni insyaAllah akan siap.
Pagar bahagian atas tempat solat muslimah.
Simen luaran dinding masjid.....menara dan beberapa perkara dalaman...marmarkan mimbar dan sudut ilmu.
Semoga Allah Azza wajalla permudahkan!







Lampu menerangi dalam masjid as sahabah














Alhamdulillah, dah dapat lampu yang saya beritahu berharga sekitar rm35k-40k atau euro8k. Dan alhmdulillah kerana Allah s.w.t telah mempermudahkan urusan pembelian ini kerana setelah ia diperkatakan di sana-sini, ramai orang yang saling intai mengintai dimana terdapat lampu yang cantik dan sesuai untuk digantung di bawah kubah masjid As Sahabah ini.

Akhirnya salah seorang hamba Allah ternampaknya tergantung dipamerkan di sebuah kedai lampu di kawasan majoriti penduduk kristian ortodoks Serbia. Dengan berkat tawar menawar dan bimbang juga takut lampu ini langsung tidak terjual, akhirnya ia diberikan dengan harga yang lebih murah, hampir separuh harga asal. ALHAMDULILLAH. Betapa berkatnya masjid A Sahabah kita ini....orang sana kata masjid orang Malaysia punya .....ALLAHU AKBAR!!!

JANGAN LUPA teruskan DERMA & SUMBANGAN anda.....amal peribadi anda, juga sebagai sedekah amal jariah bagi pihak kaum keluarga kita yang masih hidup dan lebih-lebih lagi yang telah meninggal dunia bertemu Allah Azzawajalla.

TERINGAT saya, satu malam ketika Sayyidina Ali r.a berada di dalam masjid nabawi melihat lampu/obor menerangi masjid tersebut, lalu beliau terus berdoa..."semoga Allah s.w.t terangi kubur Omar r.a kerana beliau lah orang yang mula-mula menerangi masjid nabawi dengan lampu/obor pada malam hari"!

Ini lah apa yang disebut oleh para ulama islam 'Al jazaa' u min jinsil 'amal' bermaksud ganjaran pahala mengikut jenis amal yang dilakukan.

Taqabbalallahu minna wa minkum waja 'alahu mubarakan lana wa 'alaina wa fi na fid dun ya wal a khirah....Amin!!!!