Friday, March 5, 2010

terkini masjid assahabah 2010





Sabda rasulullah s.a.w...bermaksud
1. "Perliharalah diri mu dari api neraka, walau pun hanya dengan -kebajikan pahala sedekah-separuh buah kurma sahaja"

2. "Ada di kalangan kamu yang bersedekah dengan kadar sebiji kurma sahaja dari harta yang halal/baik, dan Allah pula tidak menerima kecuali dari harta yang halal/baik. Maka Allah akan letakkan sedekah tadi di dalam 'tapak tanganNya' -(yang tiada sebanding/serupa dengannya sekali-kali). Lalu Allah pasti akan suburkannya seumpama seseorang dari kamu membela/menternak anak kuda atau anak unta, lalu sedekah tadi digandakan Allah sehingga menjadi sebesar bukit"

Mudah-mudahan semua amalan kita akan diberkati Allah dunia dan akhirat....Amin!

evo druge slike friske




evo friske slike a odmah i druge saljem




Alhamdulillah setelah lebih kurang 2 bulan tiada apa-apa berita perkembangan atau gambar terbaru dari MASJID AS SAHABAH, ini saya sertakan gambar terkini diambil pada 02 mac 2010.

Akaun bank masih dibuka dan derma anda semua amat dialu-alukan sebagai sedekah jariah. InsyaAllah kita akan berusaha untuk membeli satu set lampu utama yang cantik untuk digantung dibawah kubah masjid. Hiasan dalaman juga memerlukan banyak belanja.

Perkembangan semasa di Bosnia pula seperti mana yang diceritakan oleh banyak pihak termasuk melalui siaran BM RADIO ZENICA 'live' melalui internet yang saya dengar bersama dengan isteri saya, agak menyedihkan kerana keadaan ekonomi yang tidak stabil. Para pekerja pun terlalu ramai yang terpaksa dibuang, sementara mereka yang bernasib baik dapat bekerja setengah bulan pada setiap bulan.

Walaupun begitu mereka tetap sama-sama menyumbang dengan kadar kemampuan mereka. Tetapi insyaAllah kita doakan agar sumbangan derma kita tidak akan putus-putus. Kerana wang yang kita hulur walau pun pada zahirnya ke tangan manusia, tetapi ia sebenarnya untuk Allah dan demi kerana Allah semata-mata.