Sunday, July 25, 2010

lawatan sahabat dari malaysia




















Assalamulaikum wm wb.

Sesungguhnya hari ini, 24-7-2010, adalah hari yang sangat gembira dan bertuah bagi saya dan isteri (Zainab Abd Majid) selepas beberapa hari ie. dari malam 21-7-2010, kami menjejakkan kaki di Bosnia Herzegovina. Dengan b...antuan Ustaz Wan Sohor Bani Leman, antara Ustaz yang terkenal di Malaysia, kami disambut oleh adik ipar beliau, Sdr MunirTufekcic di bandar Zenica lebih kurang 100 km dari Bandaraya Sarajevo.

Dari Bandar Zenica, kami dibawa lebih kurang 20 km kesebuah perkampungan lerengan bukit, Orahovica. Sebaik sampai, kami kagum dengan sambutan mertua dan ipar duai Ustaz Wan Sohor seolah-olah kami telah kenal antara satu sama lain.

Setelah makan tengah hari serta solat, kami telah dibawa melawat Masjid Assahabah(di sini masjid ini juga dikenali dgn nama Masjid Malaysia), sebuah Masjid yang 98% siap dan telah digunakan. Kami rasa sungguh terkesan dan bersyukur dengan pembangunan masjid ini. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan barakah kpd pencetus inisiatif ini, disamping itu kpd semua dermawan yg telah menjadikan cetusan inisiatif ini sebagai realiti.
Menurut penilitian saya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya dalm bidang kejuruteraan awam
( bangunan) dan architechture, bahan-bahan yang digunakan adalah dari kualiti yang tinggi nilainya serta hiasan dalaman yang mencantumkan berbagai budaya seperti Turki, Iran, Malaysia dan Bosnia itu sendiri. Pembuatannya halus serta Menaranya berbeza dari kebanyakan masjid di Bosnia, squarish staggered rather than cylindrical. Saya rasa perbelanjaan yang mencecah
RM 1.2 juta adalah sangat berbaloi jika dilihat dari segi hasil pembinaannya. Saya berpendapat, jika ada dikalangan dermawan yang ingin terus menderma untuk
memastikan kesempurnaannya, sangat digalakkan, tambahan pada Jumaat akan datang, 30-7-2010, masjid ini akan menjadi masjid utama untuk solat Jumaat di Orahovica menggantikan masjid lama yg telah uzur (berusia) 300 tahun.

Pada waktu maqrib, saya sempat berjumpa dgn jemaah dan Imam Masjid tersebut sambil berkenalan dan bermesra dengan dibantu oleh adik Muhammad, anak kpd Sdr Munir, sebagai penterjemah Bahasa Bosnia ke Inggeris dan sebaliknya.

Wassalam.

Hj Mahmud Yusoff dan Isteri. Malaysia@Bosnia











2 comments:

zakiahck said...

alhamdullilah..dh hampir siap..mari ramai2 kita menderma lg utk melangkapkan masjid ni..

Naufal said...

Alhamdulillah. Syukur dan sejuk mata melihat Masjid yg para sahabat usahakan telah pun menjadi kenyataan. Setinggi tinggi penghargaan kepada semua penderma terutama pencetus idea Ust Wan Sohor. Semoga Allah sahaja yg membalas nya didunia dan diakhirat.