Saturday, May 8, 2010

Lampu menerangi dalam masjid as sahabah














Alhamdulillah, dah dapat lampu yang saya beritahu berharga sekitar rm35k-40k atau euro8k. Dan alhmdulillah kerana Allah s.w.t telah mempermudahkan urusan pembelian ini kerana setelah ia diperkatakan di sana-sini, ramai orang yang saling intai mengintai dimana terdapat lampu yang cantik dan sesuai untuk digantung di bawah kubah masjid As Sahabah ini.

Akhirnya salah seorang hamba Allah ternampaknya tergantung dipamerkan di sebuah kedai lampu di kawasan majoriti penduduk kristian ortodoks Serbia. Dengan berkat tawar menawar dan bimbang juga takut lampu ini langsung tidak terjual, akhirnya ia diberikan dengan harga yang lebih murah, hampir separuh harga asal. ALHAMDULILLAH. Betapa berkatnya masjid A Sahabah kita ini....orang sana kata masjid orang Malaysia punya .....ALLAHU AKBAR!!!

JANGAN LUPA teruskan DERMA & SUMBANGAN anda.....amal peribadi anda, juga sebagai sedekah amal jariah bagi pihak kaum keluarga kita yang masih hidup dan lebih-lebih lagi yang telah meninggal dunia bertemu Allah Azzawajalla.

TERINGAT saya, satu malam ketika Sayyidina Ali r.a berada di dalam masjid nabawi melihat lampu/obor menerangi masjid tersebut, lalu beliau terus berdoa..."semoga Allah s.w.t terangi kubur Omar r.a kerana beliau lah orang yang mula-mula menerangi masjid nabawi dengan lampu/obor pada malam hari"!

Ini lah apa yang disebut oleh para ulama islam 'Al jazaa' u min jinsil 'amal' bermaksud ganjaran pahala mengikut jenis amal yang dilakukan.

Taqabbalallahu minna wa minkum waja 'alahu mubarakan lana wa 'alaina wa fi na fid dun ya wal a khirah....Amin!!!!



2 comments:

Anabatrisya said...

Alhamdulillah...syukur...terharu saya tengok perkembangan binaan masjid nie..semoga akan di rahmati dan diberkati Allah...saya sekeluarga juga berharap semoga masjid ini selepas ini digunakan sepenuhnya...
Ustaz yang kita nampak dari segi bangunan nya alhamdulillah dapat disempurnakan.. macam mana dengan keperluan lain seperti Al-Quran dll ?

Lading_Emas said...

ALHamdulillah... Smoga diPermudahkan Allah.. Subhanallah ALLah Hu Akbar..!