Friday, March 5, 2010

terkini masjid assahabah 2010





Sabda rasulullah s.a.w...bermaksud
1. "Perliharalah diri mu dari api neraka, walau pun hanya dengan -kebajikan pahala sedekah-separuh buah kurma sahaja"

2. "Ada di kalangan kamu yang bersedekah dengan kadar sebiji kurma sahaja dari harta yang halal/baik, dan Allah pula tidak menerima kecuali dari harta yang halal/baik. Maka Allah akan letakkan sedekah tadi di dalam 'tapak tanganNya' -(yang tiada sebanding/serupa dengannya sekali-kali). Lalu Allah pasti akan suburkannya seumpama seseorang dari kamu membela/menternak anak kuda atau anak unta, lalu sedekah tadi digandakan Allah sehingga menjadi sebesar bukit"

Mudah-mudahan semua amalan kita akan diberkati Allah dunia dan akhirat....Amin!

8 comments:

abu_muadz said...

Salam, Boleh tak saya nak minta Ustaz Wan Sohor kongsikan hadis peluh perjuangan di jalan Allah dalam Az-Zikra pada pagi ini di sini.. Saya berminat nak tahu matan lengkap hadis tersebut.. Wassalam..

us w shohor said...

bismillah....

InsyaAllah jika tiada apa-apa halangan, dan dipermudahkan Allah, besar kemungkinan saya akan aturkan satu trip ke Bosnia pada pertengahan Mei ini.

Kos akan cuba saya selidik dulu dan bila dapat saya akan maklumkan kepada sahabat semua.

Hubungi saya melalui 012 22 99 350

umilatifah said...

Alhamdulillah...

Sampai juga hajat nak jejakkan kaki diBumi Bosnia

Ustaz...saya confirm ikut trip Bosnia ya

che man said...

Assalamualaikum,
Semoga ustaz sekeluarga sihat walafiat hendakNya.
Izinkan saya mencadangkan agar model Masjid assahabah Bosnia dapat dibina di Malaysia. Ianya bertujuan untuk memudahkan para muslimin dan muslimat yang tidak berkesempatan dan berkemampuan ke Bosnia untuk beramal,melawat dan menghayati senibina masjid assahabah Bosnia. Saya berkeyakinan usaha murni ini akan mendapat sambutan daripada muslimin dan muslimat di Malaysia, Sekian, terima kasih, wassalam.

reyess_76 said...

ASSALAMUALAIKUM USTAZ,
SAYA NAK TAHU ADAKAH SAYA MASIH BOLEH MENDERMA KE AKAUN PEMBINAAN MASJID INI, DULU SAYA DAH DERMA TAPI SIKIT SAJA, SERONOK TGK PERKEMBANGAN MASJID NI,ALHAMDULILLAH, BOLEH LAGI KE?

iqbal said...

ya saya pun teringin nak menderma...masih boleh ke???

us w shohor said...

kenapa tak bolehnya????? setakat ni pun saya tak pernah umum lagi apa-apa penutupan akaun dermamasjid ini.

tambahkan pahala dan takwa....masjid ini antara syiar islam yang terbesar di sisi Allah swt.

Anabatrisya said...

Alhamdulillah...
gembira saya mendengar berita perkembangan binaan masjid ini..semoga pembinaan ini diberkati Allah dan masjid ini dapat digunakan sebaik mungkin sebagaimana yang diharapkan