Friday, March 5, 2010

evo friske slike a odmah i druge saljem




Alhamdulillah setelah lebih kurang 2 bulan tiada apa-apa berita perkembangan atau gambar terbaru dari MASJID AS SAHABAH, ini saya sertakan gambar terkini diambil pada 02 mac 2010.

Akaun bank masih dibuka dan derma anda semua amat dialu-alukan sebagai sedekah jariah. InsyaAllah kita akan berusaha untuk membeli satu set lampu utama yang cantik untuk digantung dibawah kubah masjid. Hiasan dalaman juga memerlukan banyak belanja.

Perkembangan semasa di Bosnia pula seperti mana yang diceritakan oleh banyak pihak termasuk melalui siaran BM RADIO ZENICA 'live' melalui internet yang saya dengar bersama dengan isteri saya, agak menyedihkan kerana keadaan ekonomi yang tidak stabil. Para pekerja pun terlalu ramai yang terpaksa dibuang, sementara mereka yang bernasib baik dapat bekerja setengah bulan pada setiap bulan.

Walaupun begitu mereka tetap sama-sama menyumbang dengan kadar kemampuan mereka. Tetapi insyaAllah kita doakan agar sumbangan derma kita tidak akan putus-putus. Kerana wang yang kita hulur walau pun pada zahirnya ke tangan manusia, tetapi ia sebenarnya untuk Allah dan demi kerana Allah semata-mata.

No comments: