Tuesday, November 3, 2009

ALLAHUAKBAR ALLHUAKBAR













Alhamdulillah, setelah apa yang kita semua lihat perkembangan pembinaan semasa masjid As Sahabah ini, suka saya maklumkan kepada sahabat dan penderma semua, bahawa hampir semua pihak yang pernah tidak yakin, mengkritik dan bercakap serta bersangka buruk dengan usaha ini telah datang memohon maaf dari saudara Tufekcic Munir. Mudah-mudah kita semua dikurniakan Allah s.w.t kejujuran dalam apa jua bentuk sumbangan yang kita hulurkan selama ini, dan seterusnya.

Inilah pembinaan menara yang mula giat dijalankan. Ia syiar islam, maksud wahyu Allah s.w.t "dan sesiapa sahaja yang mengagung-agungkan (memperhebatkan) syiar-syiar agama Allah, maka itulah tanda adanya takwa di dalam hati mereka"

Teruskan derma anda sehingga siap sepenuhnya masjid ini...