Sunday, June 28, 2009

Banayk yang telah disiapkan














Alhamdulillah, inilah gambar-gambar yang baru diterima pada 24.Jun.2009.
Dinding tingkat bawah (pejabat dll) dan tingkat 1 (dewan solat utama) sudah sempurna.
Tiang-tiang tingkat 2 juga semua sudah ada seperti mana yang anda sendiri boleh lihat melalui gambar-gambar tadi. InsyaAllah dinding pula tak lama lagi.
Kemudian syiling dan bahagian bumbung.
Perkembangan ini masyaAllah amat menggembirakan kita semua...Alhamdulillah.
Saya pun diberitahu semalam 25 Jun, tak lama lagi mereka perlukan tambahan dana
dari DERMA kita semua.

Friday, June 12, 2009

pembinaan masjid as sahabah semakin rancak.Gambaran terbaru dari Bosnia














Alhamdulillah, pada 31 mei saya dapat gambar-gambar terbaru masjid As Sahabah, dinding mula dibina (tingkat bawah). Tak silap saya ada beberapa bilik 1-pejabat imam 2-bilik komputer 3-kelas muslimat 4-tempat wuduk.

Tingkat 1 dewan utama solat.

Tingkat 2 tempat bilal pada waktu solat jumaat dan ia juga menjadi tempat solat wanita pada hari selain jumaat. Ia akan berbentuk U, lebih kurang seperti ruang solat wanita di surau As Syakirin KLCC

Dan insyaAllah siling dan bumbung masjid tak lama lagi.

Sebab itu acap kali saya sebut-sebutkan hal derma kita ini, kerana perkembangan binaan masjid masyaAllah amat laju sekali dan saya difahamkan masjid ini memerlukan wang pada pertengahan JUN ini.

Ajaklah rakan-rakan kita menyertai amal soleh ini.

Saya juga amat mengalu-alukan jika ada mana-mana DERMAWAN ATAU SYARIKAT YANG BERMURAH HATI untuk membantu kami warga, sahabat dan pendengar setia KLFM bagi menjayakan pembinaan masjid ini.

Mungkin ada yang masih belum tahu tentang amal ini, maka tolonglah sampai-sampaikan kepada mereka ini.

Hubungi saya Us Wan Shohor Bani bin Leman