Saturday, March 21, 2009

Assalaamualaikum wrt.wbt.
Alhamdulillah seperti mana yang telah dijanjikan oleh abang ipar saya TUFEKCIC MUNIR selaku pemegang amanah utama dana projek bina masjid AS SAHABAH di Orahovica, Kovacevici Bosnia, beliau telah menghantar 18 keping gambar sebagai bukti bermulanya kerja-kerja pembinaan ini.
Seperti mana beberapa kali yang pernah saya sebutkan di dalam siaran Az Zikra KLFM, pembinaan tersebut telah melalui beberapa masa/musim dan proses rasmi yang agak rumit ekoran peraturan perbandaran dan campur tangan beberapa pihak yang tidak memahami kedudukan bantuan kewangan yang sama-sama kita usahakan melalui "projek" dermamasjid bosnia ini.
Namun alhamdulillah dengan berakhirnya segala kekeliruan dan musim sejuk (salji) seperti mana yang mampu dilihat saki bakinya yang masih kedapatan di kawasan-kawasan tanah yang lebih tinggi, sedikit sebanyaknya dapat menjadi bukti kepada para sahabat KLFM dan penderma semua, bahawa apa yang telah saya sebutkan selama ini adalah benar belaka.
MAKLUMlah saya Us Wan Shohor Bani Bin Leman memegang amanah wang ringgit bernilai lebih 500 ribu, melalui akaun Maybank 5140 6605 4194. Sudah tentu saya merasa amat tidak selesa walaupun tiada apa-apa tohmahan terhadap saya selama ini, ALHAMDULILLAH.
Terimakasih! saya panjangkan ucapan dari bosnia untuk semua, dan sama-sama kita doakan agar pembinaan ini berjaya dan diberkati Allah swt.
Tidak lupa juga, saya maklumkan bahawa pada 02 Mac 2009 lepas saya telah pindahkan wang sejumlah RM 354,750 bersamaan EURO 75000 kedalam akaun TUFEKCIC MUNIR.
Baki dengan saya masih ada sekitar RM15000 (seratus lima puluh ribu) dan saya menyeru para sahabat semua agar boleh terus menderma dan menambah dana ini kerana beberapa sebab:
1-kenaikan harga barang dan krisis ekonomi dunia
2-kos meruntuhkan rumah imam (seperti mana di dalam gambar) dan membinanya semula bersesuaian dengan lokasi masjid baru
3-pertambahan ruang masjid (bilik pengajian Al Quran/agama bagi anak-anak kampung).

ALLAH BERKATI AMALAN KITA SEMUA!