Friday, June 12, 2009

pembinaan masjid as sahabah semakin rancak.Gambaran terbaru dari Bosnia














Alhamdulillah, pada 31 mei saya dapat gambar-gambar terbaru masjid As Sahabah, dinding mula dibina (tingkat bawah). Tak silap saya ada beberapa bilik 1-pejabat imam 2-bilik komputer 3-kelas muslimat 4-tempat wuduk.

Tingkat 1 dewan utama solat.

Tingkat 2 tempat bilal pada waktu solat jumaat dan ia juga menjadi tempat solat wanita pada hari selain jumaat. Ia akan berbentuk U, lebih kurang seperti ruang solat wanita di surau As Syakirin KLCC

Dan insyaAllah siling dan bumbung masjid tak lama lagi.

Sebab itu acap kali saya sebut-sebutkan hal derma kita ini, kerana perkembangan binaan masjid masyaAllah amat laju sekali dan saya difahamkan masjid ini memerlukan wang pada pertengahan JUN ini.

Ajaklah rakan-rakan kita menyertai amal soleh ini.

Saya juga amat mengalu-alukan jika ada mana-mana DERMAWAN ATAU SYARIKAT YANG BERMURAH HATI untuk membantu kami warga, sahabat dan pendengar setia KLFM bagi menjayakan pembinaan masjid ini.

Mungkin ada yang masih belum tahu tentang amal ini, maka tolonglah sampai-sampaikan kepada mereka ini.

Hubungi saya Us Wan Shohor Bani bin Leman

19 comments:

Othman said...

Ustaz Wan Sohor bani Leman,

Sesungguhnya usaha murni Ustaz amat mulia. Rupanya ustaz mempunyai keluarga di Bosnia. baguslah tu..kita terus merapatkan silaturahim sesama umat didunia.

Insyallah saya akan menyumbang.

OTHMAN 017 275 8606

us w shohor said...

Alhamdulillah dan terima kasih untuk semua...

Sememangnya masih ramai yang belum tahu tentang projek akhirat kita ini.

Ada sahabat-sahabat saya sendiri pun baru dapat tahu 2...3 hari lepas.

Sebab itu jangan lupa untuk sampaikan kepada keluarga, kenalan dan sahabat semua agar menyertai amal soleh ini.

Anabatrisya said...

Assalamualaikum ya ustaz...
Terima kasih kerana sama - sama ingin berkongsi...saya dengan keluarga dah lama tunggu peluang macam nie.di Malaysia ada tapi kurang diwar - warkan n biasanya masjid dah siap bina baru tau. walaubagaimanapun kami sekeluarga tak dapat beri banyak, hanya sedikit semampu kami.andaiannya, kami harap dapat berkongsi untuk menyumbangkan duit yang dapat membeli sekurang - kurangnya sebijik batu bata untuk membina masjid ini...syukron ya ustaz..

Amirul said...

Salam ustaz,

Saya telah pun menyumbang. No.Rujukan: 99970194, tarikh: 16 Jun 2009.

URL Blog ustaz pun saya dah masukkan ke dalam blog saya (http://rumet.anifalhaj.com) untuk rujukan komuniti blog saya.

Dr Aelin said...
This comment has been removed by the author.
Anabatrisya said...
This comment has been removed by the author.
jie said...

Salam Ustaz..
Walaupun jumlahnya tidak banyak, saya ingin sedekahkan duit ini (No. Rujukan 1319106132 18/06/2009 16:02:33) bagi pihak Mak, arwah Abah, arwah Aki, arwah Wan dan diri saya sendiri. Semoga Allah ampunkan segala dosa dan permudahkan urusan kita semua di dunia dan akhirat. Amin.

Anabatrisya said...
This comment has been removed by the author.
Anabatrisya said...

Ustaz, saya berharap sumbangan saya dan keluarga ustaz gunakan segera yer ustaz.saya telah masukkan ke dalam akaun ustaz pada hari isnin lepas.duit cash.tak banyak tapi khusus untuk insan tersayang sekeliling saya. ustaz saya nak tanya kalau saya tak tulis nama individu yang saya niatkan nie tak per kan ustaz...tapi masa saya masukkan duit tu saya dah niat ats nama2 mereka...sampai tak ustaz niat saya dan keluarga tu?

us w shohor said...

Nabi s.a.w sendiri yang jamin, apa jua ibadat, doa dan sedekah dari kita yang hidup akan terus sampai kepada si mati myang kita maksudkan.

Antara kelebihan pahala sedekah..menyamankan suasana di dalam kubur mereka.

TaqabbalaLLaHU minna jami-an!!!!

Kembara Hati Sang Jejaka said...

Salam

Ana berminat nak menyumbang...
Bagaimana caranya?

syahriman said...

Salam Ustaz
Saya pun dah sertai menderma bg pihak yg telah sy niatkan..harap derma sy yg xseberapa ni dpt membantu sesama saudara islam kita disana dah diberkati Allah SWT.

Tarikh: 25/06/2009
Masa: 10:49 am
Tempat: MMU 1,Melaka
Sekian Terima kasih

Jika ade ape2 berita terkini bolehlah emailkan ke
syariman.ibrahim@mmu.edu.my

Wsalam

nor said...

Salam Ustaz,

Dgn rezeki yg diberikan Allah s.w.t dptlah saya buat sedikit sumbangan utk pembinaan Masjid As Sahabah.

No. bank in slip : MBB 52531285
(26/6/2009). Saya juga niatkan pahala sedekahnya utk arwah kedua ibubapa & mertua. Semuga sampailah pahalanya kpd mereka.

Semuga usaha ustaz diberkati & dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Diharap kita sesama umat Islam dpt sama2 membantu mereka yg memerlukan ke arah menegakkan kesucian agama Allah ini.

Wassalam.

mdnoh said...

Assalamualaikum Ustaz,

Boleh Ustaz nyatakan alamat Mesjid ini. Mungkin saya akan melawat kawan saya di sana dan boleh juga melawat mesjid ini.

saroni mohamed yatim said...

Assalamu'alaikum Ustaz<

Usaha ustaz tak akan tersia-sia di dunia atau pun di akhirat kelak kerana ustaz telah melakukan kerja-kerja yang murni dan semoga diredhai Allah dan semoga ummah di Bosnia dapat beribadah dengan lebih khusuk lagi dan semoga keamanan dan kemakmuran akan melimpah luah di bumi Bosnia.

saroni mohamed yatim said...

Untuk membantu usaha murni ustaz, saya dan isteri saya telah hantar derma wang ke dalam akaun ustaz semoga dapat membantu sedikit sebanyak supaya lebih banyak lagi mesjid dapat dibina di Bosnia.

aku_dan_pc said...

assalamualaikum ustaz,
bagaimana caranya saya ingin menghubungi ustaz?..saya ada a few cadangan untuk dibincangkan dengan ustaz mengenai derma masjid ini..jika saya boleh mendapatkan email ustaz..
boleh tak ustaz email pada saya di
an.nasyran@yahoo.com

terima kasih banyak2

mamat said...

Salam Ustaz,

Saya berminat nak sertai rombongan ke Bosnia bulan Mei nanti. Harap dapat beri no. hubungan Ustaz.

Wassalam.

Mohd Fazirul Has said...

salam..

bagaimana cara sy boleh menghubungi ustaz? Mohon ustaz email pd saya di
fazirul7879@yahoo.com