Sunday, May 10, 2009

terkini

Alhamdulillah, masjid As Sahabah semakin jelas terbina. Mudah-mudahan dengan paparan gambar-gambar terbaru ini akan menambahkan lagi keyakinan dan semangat kita semua untuk terus bersedekah jariah/menderma dengan ruh yang pemurah. Sekaligus juga dapat menghakiskan tanda tanya dan keraguan tentang projek berkat lagi mulia ini. Mudah-mudahan juga rancangan masyarakat tempatan bersama dengan pihak berwajib keagamaan negeri untuk mengadakan solat jumaat pertama di atas tapak masjid ini pada 24 April 2009 ini akan terlaksana dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Majlis itu juga insyaAllah akan dihadiri oleh wakil dari kedutaan Malaysia di sana bersama-sama juga dengan masyarakat sekitar Bosnia sepertimana adat yang mereka raikan setiap kali berlakunya pembinaan dan perasmian masjid.
Teruskan berdoa agar Allah jadikan pahala amalan kita ini tertulis kukuh di buku-buku amalan kebajikan kita, ibubapa, saudara mara, mereka yang kita kasihi, mereka yang pernah kita zalimi dan kita menyesal terhadap kezaliman tersebut (moga dihalalkan Allah), bahkan kita hadiahkan juga kepada seluruh umat islam awal dan akhir, yang masih hidup mahu pun yang telah meninggal dunia...TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM WA MINHUM AJMAIN....Amin!!!



2 comments:

Emili said...

salam semua,
gambar tu nampak cantik dah. tapi tak bahaya ke buat bangunan atas bukit? nampak tanah tu macam lembut aje. harap tak berlaku kejadian tanah runtuh macam kat bukit antarabangsa yg lepas.
ranap nanti usaha semua orang.
saya ada buat sumbangan melalui CIMB click tapi bank tak boleh transfer duit sebab ada masalah dengan akaun sipenerima. saya akan cuba lagi...

SHAMSUL said...

Salam semua,
Saya amat tertarik dengan komen Emili berkaitan tanah bukit. Itulah perbezaannya pembinaan di negara maju dengan negara kita Malaysia tercinta. Depa kalau buat pembangunan, jaga environment, bukit tidak ditarah dan pokok tidak ditebang sesuka hati. Sejuk mata memandang dan struktur tanahnya masih kuat sebab akar pokok dan rumput masih memegang secara semulajadi.