Tuesday, May 12, 2009

PERLETAKAN BATU ASAS MASJID AS SAHABAH BOSNIA

Alhamdulillah, inilah antara gambar-gambar yang dikirim oleh Tufekcic Munir sewaktu hari perletekan batu asas masjid As Sahabah di Bosnia. Gambar biri-biri yang sedang dipanggang untuk jamuan tersebut.
Tak ketinggalan juga gambar Ybhg Tuan Ambasador Malaysia ke Bosnia En Zuladnan yang sedang memberi ucapan.
Teruskan derma kita, semoga diampuni dan diberkati Allah.




















21 comments:

umilatifah said...

Salam,

Alhamdulillah...semoga semuanya berjalan lancar dan Masjid dapat disiapkan dengan sempurna dan penuh Barakah...Amin

Minta jasa baik Ustaz Wan Sohor Apabila Masjid tersebut siap..agar dapat membuat satu Trip/lawatan bagi Muslimat/Muslimah Malaysia yang ingin berkunjung ke Bosnia untuk melihat Masjid tersebut dan melawat Bumi Bosnia.

Saya telah melawat banyak Negara tapi belum pernah menjejakkan kaki ke Bumi Bosnia dan teringin sangat kesana...saya pasti mesti ramai yang ingin turut serta Trip tersebut...diharap sangat2 Ustaz dapat menganjurkannya...

Wassalam

us w shohor said...

Assalamualaikum.

Alhamddulillah atas saranan dan cadangan yang menarik. InsyaAllah, kita akan sama-sama usahakan kerana memang banyak pihak muslimah yang ingin benar ke sana.
Semoga dipermudahkan Allah s.w.t.

Dan untuk makluman semua, selama 3 hari 11/12/13 Mei 2009, seruan derma/sedekah yang saya nyatakan dalam siaran Az Zikra di KLFM, rm100 dari 2500 orang yang kita usahakan, amat mendapat sambutan. Setakat ini sahaja dan dapat rm50000.

MASYAALLAH WAL HAMDULILLAH ALLAHU AKBAR.

Stars Grabber said...

Assalamualaikum Ustaz
Saya sanjung usaha mulia Ustaz. Cuma yang saya minta, diharap ustaz dapat menghadkan promosi derma masjid ini di program Az Zikra. Pada isnin 11/5/2009 seluruh tempoh AZ ZIKRA digunakan untuk promosi masjid ini dan TIADA pengisian langsung mengenai sirah nabi. Saya harap cukup lah dengan promosi sedia ada kerana slot Az Zikra adalah untuk pengisian ilmu. sekian. salam

Stars Grabber said...

salam Ustaz
Saya alukan usaha murni ustaz ini. walau bagaimana pun saya ingin menyarankan agar ustaz tidak terlalu mempromosikan derma masjid ini di setiap program Az Zikra.pada 11 Mei, seluruh slot Az Zikra diisi oleh promosi derma masjid ini dan TIADA sebarang pengisian sirah nabi yg dilakukan. Ini amat mengecewakan saya. Az Zikra adalah program perkongsian ilmu dan sepatutnya ianya digunakan untuk tujuan itu sahaja. Saya harap KLFM pun ambil perhatian mengenai perkara ini. Jangan sampai objektif Az Zikra itu sendiri terpesong
terima kasih. harap maaf.

us w shohor said...

Terimakasih atas teguran dan peringatan. Cuma logiknya tak kanlah sampai satu prog pun tak boleh diambil peluang ini. lagi pun bukan saya pun yang untung, tapi rumah Allah s.w.t yang untung.

Perkembangan semasa masjid pun perlu di ketahui umum, dan itu sebahagian dari matlamat dan makna az zikra -memberi peringatan- sesama muslim.

Saudara yang tidak memegang amanah atau terlibat secara langsung dengan wang dan kerja amal ini mungkin rasa biasa je, tapi saya rasakan tanggung jawab yang besar, bimbang jika amal ini tergendala.

Nabi s.a.w pun acap kali selitkan sesuatu promosi amal pahala akhirat bila ada peluang. Cuma zaman nabi tidak melalui tv dan radio, tapi melalui khutbah jumaat, dan khutbah umum.

Apa pun saya hargai pandangan ini. Dan terima kasih banyak-banyak.

imz said...

assalamualaikum ustaz..
setiap pagi saya selalu dengar ustaz beri ceramah di klfm dlm rancangan al-zikra...memang saya ikuti perkembangan tentang masjid yg di bina di bosnia ni..dan ada juga saya menderma..saya sungguh berbangga dgn ustaz..harap kita semua akan terus menderma..

ina said...

Salam.

Saya berasa sedih dengan Stars Grabber yang memberi komen sesuka hati beliau. Kalau Stars Grabber tak nak menderma untuk Masjid As Sahabah Bosnia tak ape le siapa pun tak marah tapi janganlah pula mengkritik ustaz.

zulnain said...

Stars Grabber, sudahlah apa yang sakit hati sangat dengan Ustaz, saya nak jugak dengar berita terkini pembinaan masjid itu. Kenapa rasa dengki sangat. Saya pun pagi2 dengar al-zikra.

Sudahlah kalau tak mau derma, tidak menjadi kesalahan, tetapi kalau ada rasa hasad dengki cubalah cuci iman anda lagi. Bukan setakat dengan sirah nabi, tapi hati masih busuk. Cubalah fikir hati orang lain.

Kalau sekadar nak menegur dan sakit kan hati orang lain baik tak payah.

Tolong banyakkan membaca Al-Quran wahai Stars Grabber. Entah2 kau ni bukan Islam kot. Kita sekarang nak bina Masjid bukan kita nak bina gereja.


Kekadang nak dengar jugak berita terkini pembinaan masjid kat bosnia tu, kita sebagai penderma ni nak tenguk jugak hasilnya walaupun tak dapat pergi.

Inilah kalau ada perasaan hasad dengki, payah dibuatnya. Ilmu yang sedikit pasal Islam amat sukar apa itu sedekah dan amal jariah. agak sukar Stars Grabber

Bhaiya said...

assalamualaikum Ustaz

saya sebenarnya ingin juga mengusul kan supaya di adakan rombongan ke sana memang teringin juga nak ke bosnia tapi bila masuk blog ini tengok umilatifah dah pun usul kan..

us w shohor said...

alhamdulillah...dan tadi 23mei lepas ceramah kat taman melawati dan solat asar, salah seorang jamaah bagitahu pada saya yang isterinya juga telah ke sarajevo, bosnia bersama-sama saya baru-baru ini. Cuma beliau dari ukm...dan kami pun tak lah kenal sangat pasal saya tak masuk pakej.
Katanya isteri beliau amat kagum dengan bosnia.
Nak makan pun mudah...pasal sana pun negara umat islam.
Bangunan di sana pun masih dibiarkan dengan kesan-kesan tembakan dalam peperangan lalu.
Satu lagi katanya isteri beliau pun sempat bergambar atas jambatan, lokasi tempat bermulanya peperangan dunia yang pertama.

Kalau pergi musim sejuk, boleh lah pergi cuba-cuba belajar main ski sekali...

Jangan lupa kempen pada semua kenalan untuk derma kita ini!!!!!

chudane said...

Assalamualaikum...

Saya mintak maaf bagi pihak Stars Grabbers

Theo Walcott said...

salam,
saya nak tanya ustaz, bolehkah zakat simpanan saya didermakan kepada masjid?Adakah zakat saya perlu diakadkan?harap ustaz dapat bantu menyelesaikan persoalan saya ini.

us w shohor said...

zakat pun boleh...takde masalah.

pastikan cukup tahun dan kadarnya.

Niatkan bayaran itu sebagai zakat dah memadai

Asfar said...

Assalamu Alaikum islamic brother or sister,
actually we couldn't read this language but very nice photos which u added here.
where is this masjid? who is them in opening cermony?

www.asfarm.20m.com/pryer.htm

razali said...

Assalammualaikum ustaz,

Ustaz saya baru mendapat tahu pembinaan masjid ini semasa menonton rancangan tanyalah ustaz, Insyallah saya akan menderma, diharap dapat ustaz dapat memberi alamatlaman blog ustaz atau email ustaz kepada saya agar dapat saya bertanya apa2 perkara kemuskilan agama secara lebih lanjut.

t.kasih

Zehrudin Polovina said...

Esselamu alejkum iz Orahovice!!!
Neka Allah Uzviseni ngradi brata Wan Sohor za njegova zalaganja u izgradnji ove Allahove kuce kako bi Muslimani ovog dijela Bosne i Hercegovine imali prelijepu dzamiju u kojoj ce se moliti Uzvisenom Gospodaru. Neka Allah nagradi i sve one koji su svojim sredstvima ucestvovali u izgradnji ove dzamije i molim Allaha Uzvisenog da nagradu za ovo hairli djelo nadete kod Njega, subhanehu we Teala, na Sudnjem Danu. Amin!!!

Enese, da te Allah Uzviseni nagradi i pomogne, tebe i tvoju porodicu. Amin!!!

Zehrudin Polovina
Orahovica, Bosnia and Herzegovina

us w shohor said...

fala ti zehro.....i ja molim Allaha da bude sve sahairom.

molim Allah da svi sta god uradimo da bude iskreno u ime Allaha.

volio bi da narod ne prica ono sto ne treba.

Alhamdulillah...ovo je bila munirova idea. i fala bogu fino ide kako mi munir kaze.

I narod ovdije u maliziji meni vjeruju...Alhamdulillah

Samo molimo Allaha da bozija kuca da se sredi kako mi zelimo.

Allah vas sacuva i nagradi...

us w shohor said...
This comment has been removed by the author.
us w shohor said...

to brother ASFAR

Thank you for your honest attention.

My name is wanshohor, in bosnia people call me enes.

The mosque is in mala rijeka, nemila, bosnia.

And the people in the pictures are from malaysian embassy in bosnia.

Honourable ambassador mr zulkifli adnan and his officers.

My family in law and friends.

us w shohor said...

wanshohor@gmail.com

jasni said...

alhamdulilah moga2 allah membalas sedekah jariah tuan.