Tuesday, April 7, 2009

alam.Seperti yang diwarka warkan dalam rancangan al zikra Klfm saya telah menerima beberapa keping gambar dari ipar saya di Bosnia mengenai perkembangan pembinaan masjid as Shahabah.InsyaAllah dengan pertolongan Allah dan juga sumbangan anda semua ,pembinaan mula berjalan lancar.

teruskan derma tuan/puan.Akaun maybank 5140 6605 4194




S


5 comments:

Atan said...

Salam Ustaz dan Sahabat-sahabat budiman,

Alhamduli-LLah, hasrat untuk melihat tegaknya masjid yang menggunakan wang Sahabat sudah mula menampakkan hasilnya.

{KOMEN INI PANDANGAN PERIBADI SAYA SAHAJA SEBAGAI RANGSANGAN UNTUK BERFIKIR)

Sebagai umat Islam, saya bersetuju bahawa kadar derma adalah mengikut keikhlasan kita. Jika RM1.00 waima RM0.50 sahaja yang ikhlas di hati kita untuk berderma, maka baiklah derma itu.

Tetapi, saya ingin menarik perhatian sahabat-sahabat tentang kewajaran (rasional) dan realiti semasa. Kita tanya diri kita, secara individu, apakah yang dapat dibeli dengan RM1.00? (Untuk pengetahuan, hal ini menjadi pegangan bangsa asing - Cina khususnya - dalam menderma dan membiayai sesuatu. Mereka sangat realistik dan sedar bahawa tidak banyak barang yang dapat dibeli dengan RM1.00. Mereka menjadi sebahagian daripada rancangan pembinaan dan komited untuk merealisasikannya. Oleh sebab itulah mereka akan berderma dalam jumlah yang wajar sehingga kita dapati sekolah persendiriannya agam dan dapat dibina dengan lancar. Yang berkerjaya, mereka akan menderma dalam jumlah besar, bukan RM1.00.)

Sebagai tambahan, kita ambil kenduri kahwin sebagai contohnya. Banyak antara kita yang menghadiahi RM kepada tuan rumah, tetapi ada antara kita masih menghulurkan RM1.00/RM2.00 kepada tuan rumah ini. Benar, tuan rumah tidak mengharapkan apa-apa daripada kita melainkan kehadiran kita, tetapi sementelahan kita telah memberi dan berniat untuk membantu, apalah salahnya kita menghulurkan RM10.00 sekurang-kurangnya. Alasan saya, adakah makanan yang dihidangkan, sama ada secara buffet dsb bernilai RM1.00/ RM2.00 sekepala?

Begitu jugalah dalam hal derma masjid ini. Derma ini sebahagian daripada jihad kita, lalu janganlah berkira-kira dalam berderma.

Jadi, sekadar saranan, kepada yang berkerjaya ialah, derma itu biarlah bersamaan dengan dua kampit (atau lebih) simen bukan sekadar untuk membeli 2-3 ketul bata sahaja. Jika kita biasa menghabiskan RM7.00 untuk sekotak rokok, ber-SMS program realiti TV, bertukar hp, dsb, maka tiada sebab untuk kita mengehadkan derma kita.

Saya bimbang jika wang tambahan yang disasarkan lambat diperoleh, pembinaan akan terbantut.

Sama-samalah kita fikirkan. Kerja Allah memberikan rezeki kita. Kerja kita memanfaatkan rezeki ke jalan yang diredhoi-Nya.

Wallahua'lam.

Bro_mie said...

salam ustaz....saya akan panjangkan dalam laman blog dan laman web kelolaan saya....insya-Allah

Bro_mie said...

ok saya dah promosikan derma masjid ni kat sini:
http://aflahjadid.blogspot.com/ di sini
http://pekdismersing.com/ dan di sini: http://www.bicaraguru.com/index.php/topic,341.new.html#new

harap itu dapat membantu usaha yang murni ini

nz said...

Assalamualaikum Ustaz..
Boleh tak (kalau Ustaz boleh luangkan sikit masa) buka web ini http://wikimapia.org
minta tandakan kt mana mesjid ni. saya cari dah..search(KOVACEVICI, NEMILA,ZENICA BOSNA & HERZEGOVINA)-kalau betol la..besar betol bandar nih..

nz said...

http://wikimapia.org/#lat=44.2097726&lon=17.9193878&z=13&l=0&m=a&v=2&search=ZENICA