Friday, August 29, 2008

JAZAKUMULLAH






Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua sahabat yang telah dan akan terus memberi sumbangan/derma bagi pembinaan masjid di perkampungan KOVACEVICI, NEMILA,ZENICA BOSNA & HERZEGOVINA
Jumlah sumbangan pada 25 Ogos 2008, jam 13.14 ialah RM304,468.24. Dan pada hari ini 28 Ogos 2008, jam 15.55 berjumlah RM353,733.87.
Sejumlah RM100,145.00 bersamaan EURO 20,000.00 bersamaan dengan Bosnia Marka 38,000.00 (lebih kurang) telah di pindahkan ke Bosnia melalui akaun TUFEKCIC MUNIR, ( Bosna Bank Internatinal d.d. ) beralamat di Sarajevo, Bosnia. Segala perbelanjaan akaun penama tersebut akan dipantau bersama oleh tuan imam tempatan bersama-sama dengan masyarakat kampung.
Terima kasih dan ucapan "JAZAKUMULLAHU KHAIRAN FID DUNYA WAL AKHIRAH". Semoga semua sahabat dapat terus "subur" kan derma masjid ini sehinggalah masjid "kita" ini siap terbina.
Semoga Allah jadikan pahala derma ini sebagai amalan soleh yang tertulis kukuh di dalam buku suratan amalan kebaikan kita, ibubapa, kaum keluarga kita, bahkan sedekah dan hadiah kepada seluruh umat islam yang telah mati mahu pun yang masih hidup. Amin!!!


2 comments:

Sameer Abbas Zaidi said...

Cool pics......

us w shohor said...

ini ialah laman web baru untuk 'Derma Masjid Bosnia'

http://dermamasjid.weebly.com/