Monday, December 29, 2008

imej masjid as shabah bosnia yang akan dibina










Wednesday, December 24, 2008









Allhamdulillah, inilah pelan tanah dan masjid AS SAHABAH serta surat kelulusan dari pihak berwajib kerajaan Bosnia untuk pembinaan masjid yang sama-sama kita usaha untuk bina di bumi Bosnia. Mudah-mudahan akan diberkati Allah segala niat suci, perbelanjaan dan amalan kita ini. InsyaAllah pada bulan Mac nanti setelah selesai musim sejuk, kerja-kerja pembinaan akan terus bermula. Dan insyaAllah jika masjid ini memerlukan apa-apa tambahan pembiayaan, saya akan maklumkan segera melalui siaran ZIKRA kita pada setiap pagi. JAZANALLAHU WA IYYA KUM KHAIRAL JAZA' FID DUNYA WAL AKHIRAH!


Friday, August 29, 2008

JAZAKUMULLAH






Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua sahabat yang telah dan akan terus memberi sumbangan/derma bagi pembinaan masjid di perkampungan KOVACEVICI, NEMILA,ZENICA BOSNA & HERZEGOVINA
Jumlah sumbangan pada 25 Ogos 2008, jam 13.14 ialah RM304,468.24. Dan pada hari ini 28 Ogos 2008, jam 15.55 berjumlah RM353,733.87.
Sejumlah RM100,145.00 bersamaan EURO 20,000.00 bersamaan dengan Bosnia Marka 38,000.00 (lebih kurang) telah di pindahkan ke Bosnia melalui akaun TUFEKCIC MUNIR, ( Bosna Bank Internatinal d.d. ) beralamat di Sarajevo, Bosnia. Segala perbelanjaan akaun penama tersebut akan dipantau bersama oleh tuan imam tempatan bersama-sama dengan masyarakat kampung.
Terima kasih dan ucapan "JAZAKUMULLAHU KHAIRAN FID DUNYA WAL AKHIRAH". Semoga semua sahabat dapat terus "subur" kan derma masjid ini sehinggalah masjid "kita" ini siap terbina.
Semoga Allah jadikan pahala derma ini sebagai amalan soleh yang tertulis kukuh di dalam buku suratan amalan kebaikan kita, ibubapa, kaum keluarga kita, bahkan sedekah dan hadiah kepada seluruh umat islam yang telah mati mahu pun yang masih hidup. Amin!!!


Thursday, July 31, 2008

Derma Untuk Masjid Di Bosnia



Assalamulaikum trimekasih atas bantuan ini Allhamdulillah no akauk maybank 5140 6605 4194 2 gambar masjid lama/tua yang berusia lebih dr 300 tahun, bahkan ada org2 tua tempatan kata lebih 500 tahun. masjid ini akan kekal sebagai bahan sejarah dan akan dibina berhampirannya masjid baru bernilai tak lebih 150ribu Marka bosnia...kira-kira 75ribu euro. Mudah2an ALLAH berkati dan permudahkan urusan kita ini. MASJID AS SAHABAT insyaAllah. Wan Shohor Bani bin Leman